Sebuah Permulaan Baru
demi kesihatan & demi kemewahan untuk anda mulakannya di sini

Showing posts with label Tahukah Anda?. Show all posts
Showing posts with label Tahukah Anda?. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

The New Professionals Training

25 Julai 2010 ni ada The New Professionals Training. Dalam training ni, akan dikenalkan tentang 1 sistem perniagaan untuk bisnes Slim Diet 2 dan Alpha Lipid Lifeline. Ia akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC. Ini adalah training untuk MLM, jadi konsep dan isi training ni mesti sesuai dengan berbagai-bagai syarikat MLM yang lain.

Nak join memang ada yuran. Agak mahal jugak la.. RM85 untuk tiket. Ye la, nak sewa tempat kat KLCC tu kan semestinya mahal dan eksklusif. Makanan yang disediakan pon sedap (mahal gak tapi dah covered dlm yuran). Kenapa KLCC? Macam membazir je kan. Ermmm..ada ke yang cadangkan buat kat balairaya atau kat dewan badminton?

Heh heh.. Cuba baca balik tajuk training tu, tak pon baca lagi sekali ni; The New Professionals Training. Nama pon dah gempak. Latihan kepada profesional-profesional baru! Jadi, tempat pon mestilah gempak juga. Kalau training tak dibuat di situ, ntah bila lagi nak jejakkan kaki ke tempat tu..at least 'again'. Ini ialah training bisnes, nak ajar orang bagaimana nak berjaya dalam perniagaan ini dengan lebih mudah dan dengan harapan semakin ramai orang berjaya.. Tempat di KLCC tu adalah tempat sedunia datang meeting di situ. Ada prestij.

Selain yuran, ada bayaran pilihan* (*to confirm) iaitu bayaran Tools Bisnes. Saya tak pernah tengok lagi tapi saya rasa ia adalah mengenai apa yang diajar di training itu dan sistem perniagaan tersebut. Harga tools ini ialah RM100. Mahalkan? Jumlah ialah RM185. Tapi saya rasa berbaloi. Ia seperti investment diri sendiri. Lagipon saya rasa lagi, untuk training Big Bisnes seperti ini, harga tersebut adalah murah. Kat internet pon orang boleh jual maklumat sama sahaja di dunia offline, maklumat masih boleh dijual dengan harga pasaran. Bummer!

Apa pon, saya tak sabar untuk menyertainya dan juga dapatkan Tools Bisnes tersebut. Berkobar-kobar rasanya. Bagi anda yang ingin menyertainya juga boleh hubungi saya (019 7521503). InsyaAllah saya boleh dapatkan tiket, itu pon jika masih ada lagi. Harap-harap training ini dapat memberi saya sesuatu yang saya dapat terap dan amalkan.


Fairuz Fadzly Nawawi (205974)
Pengedar Berdaftar
Slim Diet 2 & Alpha Lipid Lifeline
NZ New Image Sdn Bhd

Monday, June 28, 2010

New Professionals Training

Program New Professionals Training iaitu satu program training SD2 dan Alpha Lipid telah diadakan pada 25 Jun 2010 lalu. Bagaimanapun saya rasa kecewa kerana tidak dapat menghadirinya.

Training tersebut diadakan di Plenary Theatre, KLCC dengan kehadiran dalam 500 orang. Banyak ilmu yang saya terlepas jadi saya tak sabar-sabar hendak pergi BP minggu ni, dengan harapan mendapat sedikit tempias ilmu dan pengalaman training tersebut.

Saya juga tertanya-tanya apakah kaitan training ini dengan sebuah buku bertajuk 'The New Professionals' tulisan Charles W. King dan James W. Robinson. Buku yang disyorkan oleh sifu en Nik Hafiz ini adalah mengenai kebangkitan sistem perniagaan Network Marketing.

Mungkin ada beberapa persamaan idea antara New Professionals Training dengan The New Professionals.


Fairuz Fadzly Nawawi (205974)
Pengedar Berdaftar
Slim Diet 2 & Alpha Lipid Lifeline
NZ New Image Sdn Bhd

Signature Post

Salam & Selamat Sejahtera semua :)

Saya baru je create signature untuk posting. Post ini adalah yang pertama bersertakan signature tersebut. Ini lah dia:

Fairuz Fadzly Nawawi (205974)
Pengedar Berdaftar
Slim Diet 2 & Alpha Lipid Lifeline
NZ New Image Sdn Bhd


Bagaimana? ok tak? Mulai post ini, setiap kali saya buat posting, signature ini akan ikut terpapar juga. Nampak hensem kan.

Ok. Beginilah nampaknya.

Fairuz Fadzly Nawawi (205974)
Pengedar Berdaftar
Slim Diet 2 & Alpha Lipid Lifeline
NZ New Image Sdn Bhd

Sunday, June 27, 2010

Pejabat dan Alamat NZ New Image Sdn Bhd

Semalam saya snap beberapa keping gambar di pejabat syarikat. Alamat pejabat NZ New Image ini adalah seperti tertera di bawah post ini. Terdapat berkotak-kotak stok yang baru tiba disusun di luar stor stok. Ini menandakan bahawa jualan produk laris.

Pejabat ini juga menempatkan beberapa bilik meeting kecil, bilik seminar, ruang tamu, ruang berbincang dan sudut tayangan produk. Oleh kerana rakan saya tiba-tiba perlu balik kerana ada hal kecemasan, saya hanya sempat snap sedikit keping gambar sahaja.

Receptionist (mana pulak la si receptionist ni pergi ye)
Stok Baru (lihat, di dalam stor juga ada banyak stok baru)
Kaunter Pembayaran
Rak Produk
Pemandangan Luar
Alamat NZ New Image ialah:

NZ New Image Sdn Bhd
A-20-1 to A-20-2,
Northpoint Offices Mid Valley City,
No 1 Medan Syed Putra Utara,
Kuala Lumpur, 59200, Malaysia


Pejabat ini merupakan pejabat utama bagi operasi New Image International. Ini bermakna Malaysia adalah hub untuk produk-produk New Image ke seluruh dunia (maksudnya, kita ni dikhaskan untuk menjadi upline kepada dunia! fuhh boleh tak senang duduk setiap kali memikirkannya!!!). Saya sendiri teruja ketika menulis post ini. Akan datang saya akan postkan bagaimana perkara ini boleh membuatkan rakyat Malaysia menakluki pasaran dunia ;)

Bagaimanapun pls enjoy gambar-gambar tersebut dahulu...

Tuesday, June 15, 2010

Model Perniagaan Anda?

"Satu hari nanti, ia akan jadi amat sukar untuk hidup dengan hanya “makan gaji” kedua suami & isteri. Perniagaan secara sambilan dimestikan!", Irfan Khairi, 19 Jun 2010 (Read More).

Jadi, apakah pandangan anda? (boleh beri pandangan di ruangan komen post ini :D)

Terdapat pelbagai jenis model perniagaan yang ada dan boleh dipilih sebelum memulakan sesuatu perniagaan samada melibatkan barang atau perkhidmatan. Antaranya ialah model francise (McD, KFC, Pelita), model cawangan (kedai runcit, stall burger, kedai makan), model internet dan model MLM yang dijalankan secara persendirian atau partnership.

Jika nak tau, kesemua model perniagaan melibatkan penjual dan pembeli. Tiada yang tidak mencari pelanggan! Malah syarikat global seperti Tesco dan KFC pon masih melakukan promosi-promosi yang gila-gila punya, di mana-mana pon kita boleh jumpa iklan-iklan mereka yang bertujuan mencari pelanggan!

Hari ini, perniagaan boleh dilakukan secara online. Dengan internet, pengaliran wang dan pertukaran pemilikan barang tanpa berjumpa antara penjual dan pembeli adalah tidak mustahil. Global. Malah siap ada persetujuan antara dua pihak bagi setiap pembelian yang dilakukan dengan teks.

Jadi, adakah anda pernah terfikir akan sebuah model perniagaan yang anda rasa anda boleh jalankan?

Thursday, May 27, 2010

Orang-orang Overweight Berada Di Sekeliling Anda.

Perasan tak, ramai orang-orang overweight atau nampak berat atau obesiti atau senang cakap GEMUK adalah mereka yang berada di sekeliling anda sahaja..rasa tak selesa dan nampak sama je kan? hehe.. Nanti saya post gambar-gambar orang-orang sedemikian.

Jadi berubahlah dan jadi seseorang yang lain daripada yang lain dan bersedialah menjadi bahan umpatan mereka yang tidak berpuas-hati dan jeles tu. Pedulikan umpatan mereka dahulu yang penting anda yang slim akan mempunyai lebih daya tarikan!! Memang puas hati.

Mereka di sekeliling anda mungkin adalah ibu, isteri, teman wanita, rakan pejabat ataupun BOS WANITA GEMUK anda!!! (geramnyaaa)

Sandwich Peanut Butter berserta Jem Blueberry.

Nampak sedap. Tp takkanlah anda tak dapat tahan daripada makan makanan yang lazat ni? Tunggu sampai habis program SDII anda, baru boleh makan.


Bersabar la ye.. sekejap je. Dah lama asik layan tekak (dan perut) je sesekali bila dah berazam nak kurus kena lah tahan makanan-makanan berkarbohidrat tinggi ni (yang sedap-sedap ni)..

Bolehkah anda tahan nafsu selama 2 minggu sahaja untuk kehilangan 6kg - 7kg?

Wednesday, May 19, 2010

Awek Slim.

Sebenarnya, saya suka awek-awek slim. Nampak ringan je. Senang nak dukung. Senang pula nak jalan-jalan naik motor. Kawasan rumah saya tu kebanyakannya didiami oleh golongan bujang dan kebanyakannya pula adalah perempuan. Di mana-mana pon awek.

Time pagi dan petang adalah waktu yang best untuk usya diorang ni. Semua melaram. Ada yang nak p keje, ada yang nak p kelas, macam-macam la. Cakap je nak usya jenis apa semua ada. Yang slim, gemuk, putih, tak putih, purdah, seksi dan lain-lain.

Tapi ada awek-awek yang NAMPAK BERAT di merata-rata pula. Oleh yang demikian, saya rasa terpanggil untuk memperbetulkan keadaan ini. Sesuatu perlu dilakukan agar perkara ini tidak berterusan. Saya memperjuangkan pertambahan bilangan awek slim.

Saya harap anda dapat join saya dalam perjuangan ini. Jika anda terasa anda NAMPAK BERAT, ambillah SDII. Memang menjadi. Perjuangan kita baru bermula!

Sunday, March 28, 2010

Mari Monopoli Pasaran.

Mengikut pengalaman, ramai orang apabila mendengar perniagaan secara Multilevel Marketing iaitu MLM hatinya tidak begitu berminat untuk menceburkan diri dalam bisnes ini kerana beranggapan bisnes seperti ini tidak akan berjaya kerana hanya memperdagangkan sistem semata-mata tanpa mempertaruhkan produk yang bagus dan berkualiti tinggi.


Mungkin ramai yang berpandangan negatif terhadap perniagaan MLM tetapi ramai di luar sana yang tidak tahu bahawa mencari rezeki dengan perniagaan ini dapat memberikan pendapatan yang tiada hadnya. Ditambah pula dengan produk yang berkesan serta berkualiti tinggi seperti SDII ini, sememangnya ia tidak akan merugikan kerana produk ini benar-benar bagus.


Dan Sebenarnya, dalam perniagaan ini, potensi diri dapat diuji sejauh-jauhnya terutama kemahiran komunikasi dan pengaruh. Masa berniaga dirancang sendiri serta tidak mengalami tekanan berbanding dengan kerja makan gaji yang gaji dan masa memang dikawal oleh majikan yang tiada kaitan dalam hidup sendiri.

Semakin ramai yang menolak atau reject MLM, khasnya di sini New Image Sdn Bhd maka peluang untuk peniaga MLM memonopoli pasaran semakin besar, semakin terbuka luas. Hanya bayangkan jika semakin ramai yang menganggap MLM sebagai lubuk wang maka peluang untuk memonopoli pasaran semakin mengecil.

Terdapat pelbagai model perniagaan yang ada pada hari ini. Ada model Buka Cawangan, model Internet, model Pasaraya, model Gerai, model Kedai dan model Perkhidmatan. Untuk pengetahuan anda, MLM adalah salah satu model perniagaan yang wujud tetapi kurang mendapat perhatian ramai pihak walaupun mengikut kajian, 30% daripada jumlah para jutawan adalah Jutawan MLM yang dapat memonopoli pasaran masing-masing.

4P Dalam Perniagaan.

Untuk berniaga, terdapat 4 perkara sasaran yang perlu diatasi sebelum sesebuah perniagaan hendak dimulakan. Ia adalah 4P.

1. Product:
Iaitu Produk atau Servis: Item yang hendak diniagakan.

2. Place :
Iaitu Tempat: Dari mana produk boleh dibeli atau kawasan strategik untuk perniagaan.

3. Price :
Iaitu Harga: Harga biar berbalo-baloi.

4. Promotion:
Iaitu Promosi: Boleh dibuat secara online dan offline.

Jika 4P dapat diatasi maka selepas itu strategi perlu direkabentuk dengan sebaik-baiknya.

Saturday, March 27, 2010

Saya Mencari Gambar Makanan!

Nampak menarik jika blog ini ada gambar-gambar makanan kurang karbohidrat dan makanan yang boleh dimakan semasa pengambilan SDII yang dihantar oleh anda.

Jadi, saya mengalu-alukan kepada anda supaya emelkan saya gambar-gambar makanan anda sendiri kepada saya di fairuz_1619@yahoo/com.

Ciri-ciri gambar makanan kurang karbohidrat yang saya nak ialah:

1. Diambil dengan kamera digital dan bersaiz sekurang-kurangnya 2.0 megapixel.
2. Jelas tanpa diedit dan ditambah tulisan.
3. Milik anda sendiri. (cth: bukan copy di internet).
4. Maklumat gambar: Nama makanan, di mana gambar itu diambil (cth: nama restoran di mana atau anda masak sendiri) dan rasa. (3 maklumat mandatori).
5. Maklumat anda: Nama, asal dari mana dan emel. (3 maklumat mandatori).

Pastikan semua ciri-ciri gambar-gambar yang dihantar mengikut spesifikasi yang dinyatakan di atas. Imej lebih sejenis makanan dalam sebuah gambar pun boleh tapi masih juga mematuhi spesifikasi.

Saya akan memilih gambar-gambar yang saya rasa sesuai sahaja untuk dipost di blog ini. Gambar-gambar yang dihantar menjadi milik letslimdiet2.blogspot dan digunakan secara eksklusif.

Anda juga boleh menghantar gambar anda yang posing sebelah makanan asalkan imej makanan jelas kelihatan. SMS saya untuk beritahu anda telah sumbangkan gambar. Terima Kasih.

Thursday, March 25, 2010

Saya Betul-Betul Perlukan Nasi...

Nasi mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. Dari sini, badan memperoleh tenaga. Bagaimanapun, jika tiada karbohidrat daripada nasi untuk ditukar kepada tenaga maka lemak akan dipecahkan untuk mendapatkan tenaga badan.

Jelas sekali, untuk memecahkan lemak, nasi perlu dielakkan. Bagaimanapun oleh kerana nasi adalah makanan harian anda, jadi untuk meninggalkan pengambilan nasi adalah memeritkan. Anda perlu berdisiplin untuk memecahkan lemak atau program SDII anda tidak berjalan lancar.

Jika anda betul-betul perlukan nasi maka ia boleh diambil pada hari-hari terawal program SDII anda bermula. Contohnya anda boleh makan nasi sekali pada hari pertama, kurangkan kepada suku kuantiti normal anda pada hari kedua dan sekepal pada hari ketiga.

Selain nasi, anda juga perlu mengurangkan makanan-makanan berkarbohidrat tinggi yang lain seperti roti dan mi. Gula juga pembekal tenaga badan jadi gula juga perlu dikurangkan termasuk gula daripada buah.

Makanan yang rendah karbohidrat boleh dimakan banyak. Antara contoh makanan yang boleh dimakan ialah daging lembu, daging kambing, ayam, telur dan sayur. Minum air masak 2 liter sehari. Anda mesti makan (tidak berlapar) untuk program SDII ini.

Anda mungkin terfikir terseksa pada awalnya tetapi sebenarnya anda baru sahaja memulakan gaya pemakanan yang lebih sihat dan kurang menggemukkan. Sedikit disiplin diperlukan untuk menukar tabiat makan makanan menggemukkan hanya untuk mencapai apa yang dipanggil SLIM.

Jika program SDII anda memberi kepuasan kepada anda dan anda hendak berhenti pengambilannya maka anda sudah boleh makan seperti biasa. Konsepnya sesipa yang makan banyak berisiko gemuk jadi kuantiti makanan anda mesti dikurangkan daripada kuantiti normal anda semasa 'gemuk' dahulu.

Wednesday, March 24, 2010

Saya Mencari Rakan Niaga!

Rakan Niaga diperlukan. Sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan ini, boleh menghubungi saya di +6019-7521503 atau fairuz_1619@yahoo.com.

Saya memerlukan Rakan Niaga yang berada di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Saya juga memerlukan Rakan Niaga yang boleh membawa perniagaan ini ke negara-negara lain secara online atau offline.

SDII adalah satu lagi produk power keluaran syarikat New Image Sdn Bhd dan ia baru sahaja dilancarkan. Pasaran adalah luas. Hubungi saya sekarang. Kita akan talk bisnes.

Tuesday, March 23, 2010

Protein Sparing Modified Fast (PSMF)

Terdapat pelbagai jurnal kajian perubatan yang menunjukkan keberkesanan kehilangan berat badan berdasarkan konsep Protein Sparing Modified Fast (PSMF).

PSMF adalah sejenis diet dengan pengambilan karbohidrat yang sangat rendah. Diet ini memerlukan pengambilan protein yang mencukupi selain daripada pengambilan pelbagai vitamin dan mineral.

Diet Slim Diet 2 adalah berlandaskan PSMF. Kandungan dalam SDII bukan sahaja protein, tetapi pelbagai jenis vitamin, mineral dan asid amino yang diperlukan.

Untuk maklumat lebih mendalam mengenai PSMF, anda boleh membuat carian di internet. Apa yang penting, konsep Slim Diet 2 adalah PSMF dan anda patut cuba ia sekarang.