Sebuah Permulaan Baru
demi kesihatan & demi kemewahan untuk anda mulakannya di sini

Tuesday, June 15, 2010

Model Perniagaan Anda?

"Satu hari nanti, ia akan jadi amat sukar untuk hidup dengan hanya “makan gaji” kedua suami & isteri. Perniagaan secara sambilan dimestikan!", Irfan Khairi, 19 Jun 2010 (Read More).

Jadi, apakah pandangan anda? (boleh beri pandangan di ruangan komen post ini :D)

Terdapat pelbagai jenis model perniagaan yang ada dan boleh dipilih sebelum memulakan sesuatu perniagaan samada melibatkan barang atau perkhidmatan. Antaranya ialah model francise (McD, KFC, Pelita), model cawangan (kedai runcit, stall burger, kedai makan), model internet dan model MLM yang dijalankan secara persendirian atau partnership.

Jika nak tau, kesemua model perniagaan melibatkan penjual dan pembeli. Tiada yang tidak mencari pelanggan! Malah syarikat global seperti Tesco dan KFC pon masih melakukan promosi-promosi yang gila-gila punya, di mana-mana pon kita boleh jumpa iklan-iklan mereka yang bertujuan mencari pelanggan!

Hari ini, perniagaan boleh dilakukan secara online. Dengan internet, pengaliran wang dan pertukaran pemilikan barang tanpa berjumpa antara penjual dan pembeli adalah tidak mustahil. Global. Malah siap ada persetujuan antara dua pihak bagi setiap pembelian yang dilakukan dengan teks.

Jadi, adakah anda pernah terfikir akan sebuah model perniagaan yang anda rasa anda boleh jalankan?

No comments:

Post a Comment