Sebuah Permulaan Baru
demi kesihatan & demi kemewahan untuk anda mulakannya di sini

Saturday, March 27, 2010

Saya Mencari Gambar Makanan!

Nampak menarik jika blog ini ada gambar-gambar makanan kurang karbohidrat dan makanan yang boleh dimakan semasa pengambilan SDII yang dihantar oleh anda.

Jadi, saya mengalu-alukan kepada anda supaya emelkan saya gambar-gambar makanan anda sendiri kepada saya di fairuz_1619@yahoo/com.

Ciri-ciri gambar makanan kurang karbohidrat yang saya nak ialah:

1. Diambil dengan kamera digital dan bersaiz sekurang-kurangnya 2.0 megapixel.
2. Jelas tanpa diedit dan ditambah tulisan.
3. Milik anda sendiri. (cth: bukan copy di internet).
4. Maklumat gambar: Nama makanan, di mana gambar itu diambil (cth: nama restoran di mana atau anda masak sendiri) dan rasa. (3 maklumat mandatori).
5. Maklumat anda: Nama, asal dari mana dan emel. (3 maklumat mandatori).

Pastikan semua ciri-ciri gambar-gambar yang dihantar mengikut spesifikasi yang dinyatakan di atas. Imej lebih sejenis makanan dalam sebuah gambar pun boleh tapi masih juga mematuhi spesifikasi.

Saya akan memilih gambar-gambar yang saya rasa sesuai sahaja untuk dipost di blog ini. Gambar-gambar yang dihantar menjadi milik letslimdiet2.blogspot dan digunakan secara eksklusif.

Anda juga boleh menghantar gambar anda yang posing sebelah makanan asalkan imej makanan jelas kelihatan. SMS saya untuk beritahu anda telah sumbangkan gambar. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment