Sebuah Permulaan Baru
demi kesihatan & demi kemewahan untuk anda mulakannya di sini

Thursday, March 25, 2010

Saya Betul-Betul Perlukan Nasi...

Nasi mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. Dari sini, badan memperoleh tenaga. Bagaimanapun, jika tiada karbohidrat daripada nasi untuk ditukar kepada tenaga maka lemak akan dipecahkan untuk mendapatkan tenaga badan.

Jelas sekali, untuk memecahkan lemak, nasi perlu dielakkan. Bagaimanapun oleh kerana nasi adalah makanan harian anda, jadi untuk meninggalkan pengambilan nasi adalah memeritkan. Anda perlu berdisiplin untuk memecahkan lemak atau program SDII anda tidak berjalan lancar.

Jika anda betul-betul perlukan nasi maka ia boleh diambil pada hari-hari terawal program SDII anda bermula. Contohnya anda boleh makan nasi sekali pada hari pertama, kurangkan kepada suku kuantiti normal anda pada hari kedua dan sekepal pada hari ketiga.

Selain nasi, anda juga perlu mengurangkan makanan-makanan berkarbohidrat tinggi yang lain seperti roti dan mi. Gula juga pembekal tenaga badan jadi gula juga perlu dikurangkan termasuk gula daripada buah.

Makanan yang rendah karbohidrat boleh dimakan banyak. Antara contoh makanan yang boleh dimakan ialah daging lembu, daging kambing, ayam, telur dan sayur. Minum air masak 2 liter sehari. Anda mesti makan (tidak berlapar) untuk program SDII ini.

Anda mungkin terfikir terseksa pada awalnya tetapi sebenarnya anda baru sahaja memulakan gaya pemakanan yang lebih sihat dan kurang menggemukkan. Sedikit disiplin diperlukan untuk menukar tabiat makan makanan menggemukkan hanya untuk mencapai apa yang dipanggil SLIM.

Jika program SDII anda memberi kepuasan kepada anda dan anda hendak berhenti pengambilannya maka anda sudah boleh makan seperti biasa. Konsepnya sesipa yang makan banyak berisiko gemuk jadi kuantiti makanan anda mesti dikurangkan daripada kuantiti normal anda semasa 'gemuk' dahulu.

No comments:

Post a Comment