Sebuah Permulaan Baru
demi kesihatan & demi kemewahan untuk anda mulakannya di sini

Showing posts with label Boleh Makan. Show all posts
Showing posts with label Boleh Makan. Show all posts

Friday, April 2, 2010

Sup Tulang dan Air Suam.


Walaupun saya tidak berdiet SDII sekarang ini tetapi tengahari tadi saya makan SDII style di Restoran Baiduri, PJ.

Sup tulang dan air suam ini memang sudah cukup untuk makan tengahari bagi orang yang berdiet kerana konsep PSMF akan memainkan peranannya.

Sunday, March 28, 2010

Kita Makan Sate.

RM6 dapat 20 cucuk sate. Murah je. Sate dalam gambar ini dibeli di Pasar Malam Kerinchi, Kuala Lumpur.


Memang best dapat makan sate ketika berdiet dengan SDII.

Thursday, March 25, 2010

Diet dan Nikmatilah Lamb Chop.


Sedapnya Lamb Chop. Boleh dibuat sebagai makanan malam anda. Amboi, sambil berdiet pun anda dapat nikmati makanan kegemaran ramai ni.

Biasanya, hidangan ini dihidang bersama coleslaw dan kentang goreng. Namun anda patut meninggalkan kentang goreng kerana ia mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Pastikan anda minta minuman yang kurang manis, jika tidak puas dengan air suam.

Gambar menunjukkan contoh hidangan Lamb Chop. Hidangan ini adalah salah satu menu di Big Brother Restaurant & Grill di The Strand, Kota Damansara. Saya tidak ingat nama penuh hidangan ini tapi ia memang Lamb Chop!

Tuesday, March 23, 2010

Sup Campur

Sup campur ialah sup yang kebiasaannya isi utamanya adalah campuran daging, ayam, udang dan sotong serta sedikit sayur-sayuran. Ia sesuai dijadikan makanan malam kepada anda yang ingin menurunkan berat badan dengan SDII.

Gambar di atas menunjukkan semangkuk sup campur untuk seorang makan.

Friday, March 19, 2010

Boleh makan KFC!

Diet tu diet jugak tapi dengan SDII ni tak perlu berlapar. Pantang tu ada tapi yang tak disangka ialah anda yang sedang mengikuti program SDII ini boleh makan KFC!

Perasan tak ayam KFC dalam gambar tu tiada kulit? kulit telah diasingkan sebab anda dibenarkan makan isi ayam je...

(sori minyak kat kertas tu nampak comot)