Sebuah Permulaan Baru
demi kesihatan & demi kemewahan untuk anda mulakannya di sini

Thursday, June 24, 2010

Saya Pergi Outstation

Testimonial SD2 tidak diupdate sejak 4 minggu lepas!

Pada 2, 9, 16 dan 23 Jun 2010 lalu, saya tidak sempat menghadiri Business Presentation (BP) yang diadakan pada setiap Rabu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur kerana saya ada outstation.

Kerja outstation memerlukan saya pergi ke seluruh semenanjung. 2 Jun saya di Butterworth, 9 Jun di Kluang, 16 Jun di Kuantan dan 23 Jun di Butterworth lagi, memang tak sempat balik KL :(

Saya masih menjalankan perniagaan SD2 ni secara part-time dan perlu pergi kerja lagi. Kerja Isnin - Jumaat, pukul 8.00 pagi - 5.15 petang di pejabat di Petaling Jaya. Bila kena outstation mungkin terpaksa ponteng BP pula.

Saya rasa terkilan kerana tidak dapat hadir ke BP... 4 minggu pula tu. Di BP la saya dapat jumpa rakan-rakan bisnes yang lain dan sembang-sembang. Di situ juga saya dapat lihat dan dengar penyampaian testimonial.

Peluang menimba ilmu di BP adalah sangat berharga dan menarik, extremely worth it! Saya akan update Testimonial SD2 lagi.

No comments:

Post a Comment