Sebuah Permulaan Baru
demi kesihatan & demi kemewahan untuk anda mulakannya di sini

Sunday, March 28, 2010

Mari Monopoli Pasaran.

Mengikut pengalaman, ramai orang apabila mendengar perniagaan secara Multilevel Marketing iaitu MLM hatinya tidak begitu berminat untuk menceburkan diri dalam bisnes ini kerana beranggapan bisnes seperti ini tidak akan berjaya kerana hanya memperdagangkan sistem semata-mata tanpa mempertaruhkan produk yang bagus dan berkualiti tinggi.


Mungkin ramai yang berpandangan negatif terhadap perniagaan MLM tetapi ramai di luar sana yang tidak tahu bahawa mencari rezeki dengan perniagaan ini dapat memberikan pendapatan yang tiada hadnya. Ditambah pula dengan produk yang berkesan serta berkualiti tinggi seperti SDII ini, sememangnya ia tidak akan merugikan kerana produk ini benar-benar bagus.


Dan Sebenarnya, dalam perniagaan ini, potensi diri dapat diuji sejauh-jauhnya terutama kemahiran komunikasi dan pengaruh. Masa berniaga dirancang sendiri serta tidak mengalami tekanan berbanding dengan kerja makan gaji yang gaji dan masa memang dikawal oleh majikan yang tiada kaitan dalam hidup sendiri.

Semakin ramai yang menolak atau reject MLM, khasnya di sini New Image Sdn Bhd maka peluang untuk peniaga MLM memonopoli pasaran semakin besar, semakin terbuka luas. Hanya bayangkan jika semakin ramai yang menganggap MLM sebagai lubuk wang maka peluang untuk memonopoli pasaran semakin mengecil.

Terdapat pelbagai model perniagaan yang ada pada hari ini. Ada model Buka Cawangan, model Internet, model Pasaraya, model Gerai, model Kedai dan model Perkhidmatan. Untuk pengetahuan anda, MLM adalah salah satu model perniagaan yang wujud tetapi kurang mendapat perhatian ramai pihak walaupun mengikut kajian, 30% daripada jumlah para jutawan adalah Jutawan MLM yang dapat memonopoli pasaran masing-masing.

4P Dalam Perniagaan.

Untuk berniaga, terdapat 4 perkara sasaran yang perlu diatasi sebelum sesebuah perniagaan hendak dimulakan. Ia adalah 4P.

1. Product:
Iaitu Produk atau Servis: Item yang hendak diniagakan.

2. Place :
Iaitu Tempat: Dari mana produk boleh dibeli atau kawasan strategik untuk perniagaan.

3. Price :
Iaitu Harga: Harga biar berbalo-baloi.

4. Promotion:
Iaitu Promosi: Boleh dibuat secara online dan offline.

Jika 4P dapat diatasi maka selepas itu strategi perlu direkabentuk dengan sebaik-baiknya.

Kita Makan Sate.

RM6 dapat 20 cucuk sate. Murah je. Sate dalam gambar ini dibeli di Pasar Malam Kerinchi, Kuala Lumpur.


Memang best dapat makan sate ketika berdiet dengan SDII.

Saturday, March 27, 2010

Kecilkan Mana-Mana Bahagian Badan Yang Anda Mahu.

Apabila anda mengikuti program SDII, anda boleh mengecilkan mana-mana bahagian badan yang anda mahu.

Mengikut teori, apabila kurang karbohidrat yang diperlukan badan untuk menjana tenaga maka lemak akan dipecahkan. Lemak akan digantikan untuk menjana tenaga untuk badan.

Anda juga tahu dengan bersenam anda boleh mengecilkan mana-mana bahagian yang anda mahu. Walaubagaimanapun, SDII membantu perkara ini supaya mudah dicapai.

Jika anda hendak mengecilkan lengan maka anda buat lebih senaman pada lengan supaya lemak yang dibakar lebih banyak berlaku di lengan. Begitu juga dengan bahagian-bahagian yang lain.

Saya Mencari Gambar Makanan!

Nampak menarik jika blog ini ada gambar-gambar makanan kurang karbohidrat dan makanan yang boleh dimakan semasa pengambilan SDII yang dihantar oleh anda.

Jadi, saya mengalu-alukan kepada anda supaya emelkan saya gambar-gambar makanan anda sendiri kepada saya di fairuz_1619@yahoo/com.

Ciri-ciri gambar makanan kurang karbohidrat yang saya nak ialah:

1. Diambil dengan kamera digital dan bersaiz sekurang-kurangnya 2.0 megapixel.
2. Jelas tanpa diedit dan ditambah tulisan.
3. Milik anda sendiri. (cth: bukan copy di internet).
4. Maklumat gambar: Nama makanan, di mana gambar itu diambil (cth: nama restoran di mana atau anda masak sendiri) dan rasa. (3 maklumat mandatori).
5. Maklumat anda: Nama, asal dari mana dan emel. (3 maklumat mandatori).

Pastikan semua ciri-ciri gambar-gambar yang dihantar mengikut spesifikasi yang dinyatakan di atas. Imej lebih sejenis makanan dalam sebuah gambar pun boleh tapi masih juga mematuhi spesifikasi.

Saya akan memilih gambar-gambar yang saya rasa sesuai sahaja untuk dipost di blog ini. Gambar-gambar yang dihantar menjadi milik letslimdiet2.blogspot dan digunakan secara eksklusif.

Anda juga boleh menghantar gambar anda yang posing sebelah makanan asalkan imej makanan jelas kelihatan. SMS saya untuk beritahu anda telah sumbangkan gambar. Terima Kasih.

Thursday, March 25, 2010

Saya Betul-Betul Perlukan Nasi...

Nasi mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. Dari sini, badan memperoleh tenaga. Bagaimanapun, jika tiada karbohidrat daripada nasi untuk ditukar kepada tenaga maka lemak akan dipecahkan untuk mendapatkan tenaga badan.

Jelas sekali, untuk memecahkan lemak, nasi perlu dielakkan. Bagaimanapun oleh kerana nasi adalah makanan harian anda, jadi untuk meninggalkan pengambilan nasi adalah memeritkan. Anda perlu berdisiplin untuk memecahkan lemak atau program SDII anda tidak berjalan lancar.

Jika anda betul-betul perlukan nasi maka ia boleh diambil pada hari-hari terawal program SDII anda bermula. Contohnya anda boleh makan nasi sekali pada hari pertama, kurangkan kepada suku kuantiti normal anda pada hari kedua dan sekepal pada hari ketiga.

Selain nasi, anda juga perlu mengurangkan makanan-makanan berkarbohidrat tinggi yang lain seperti roti dan mi. Gula juga pembekal tenaga badan jadi gula juga perlu dikurangkan termasuk gula daripada buah.

Makanan yang rendah karbohidrat boleh dimakan banyak. Antara contoh makanan yang boleh dimakan ialah daging lembu, daging kambing, ayam, telur dan sayur. Minum air masak 2 liter sehari. Anda mesti makan (tidak berlapar) untuk program SDII ini.

Anda mungkin terfikir terseksa pada awalnya tetapi sebenarnya anda baru sahaja memulakan gaya pemakanan yang lebih sihat dan kurang menggemukkan. Sedikit disiplin diperlukan untuk menukar tabiat makan makanan menggemukkan hanya untuk mencapai apa yang dipanggil SLIM.

Jika program SDII anda memberi kepuasan kepada anda dan anda hendak berhenti pengambilannya maka anda sudah boleh makan seperti biasa. Konsepnya sesipa yang makan banyak berisiko gemuk jadi kuantiti makanan anda mesti dikurangkan daripada kuantiti normal anda semasa 'gemuk' dahulu.

1 Tin SDII

SDII didatangkan dalam tin yang memuatkan berat bersih 420g serbuk SDII. Setiap tin dibungkus dengan kertas berwarna biru, merah dan kuning. Saiz tinnya agak kecil dan ini memudahkan dibawa ke mana-mana.

Terdapat pelbagai maklumat yang tertera di kertas pembalut tersebut. Anda dapat mengetahui Cara Penggunaan, Kandungan setiap 100g, Berat Bersih, Ramuan dan alamat Syarikat. Terdapat gambar Cadangan Hidangan, logo syarikat dan logo Halal New Zealand.

Setiap tin berharga RM144 dengan harga pasaran. Jika hendak mendapatkan SDII dengan harga yang lebih murah, anda perlu menjadi ahli New Image Sdn Bhd untuk harga RM108 setiap tin.

Daftar keahlian dengan harga RM50 dan anda terus dapat beli SDII pertama anda dengan harga ahli. Ini menguntungkan kerana anda pasti akan mendapatkan tin SDII yang seterusnya selepas anda kehilangan berat badan dalam 3-4kg seminggu daripada tin SDII pertama anda!

Kesan Sampingan SDII?

Dengan mengamalkan SDII, kulit anda tidak akan kendur serta mengelebir dan dari segi inci ukuran badan anda juga akan berubah menjadi lebih kecil. Dengan ertikata lain ialah SLIM.

Penurunan berat badan yang banyak dan cepat ini juga bagaimanapun tidak memberi kesan keletihan dan lesu kerana produk ini diperkaya dengan protein soya, vitamin dan minteral yang mencukupi untuk keperluan badan seseorang.

Kemungkinan anda akan berasa sedikit panas badan sahaja. Tapi tidaklah sampai panas seperti demam. Mungkin juga pening kepala sedikit. Hanya segelintir orang sahaja yang mengalami kesan-kesan ini tetapi tidak berlanjutan 2-3 hari.

Bagaimanapun, ini kerana anda sedang menikmati gaya pemakanan yang sangat kurang karbohidrat dan luar kebiasaan makanan harian anda, yang kebiasaannya adalah tinggi kerbohidrat.

Anda hanya perlu biasakan diri dengan pemakanan sihat dan kurang karbohidrat. Selain itu, boleh dikatakan dengan program diet SDII ini, tiada kesan sampingan yang negatif atau buruk berlaku.

Diet dan Nikmatilah Lamb Chop.


Sedapnya Lamb Chop. Boleh dibuat sebagai makanan malam anda. Amboi, sambil berdiet pun anda dapat nikmati makanan kegemaran ramai ni.

Biasanya, hidangan ini dihidang bersama coleslaw dan kentang goreng. Namun anda patut meninggalkan kentang goreng kerana ia mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Pastikan anda minta minuman yang kurang manis, jika tidak puas dengan air suam.

Gambar menunjukkan contoh hidangan Lamb Chop. Hidangan ini adalah salah satu menu di Big Brother Restaurant & Grill di The Strand, Kota Damansara. Saya tidak ingat nama penuh hidangan ini tapi ia memang Lamb Chop!

Kadar Penggunaan SDII

Satu tin SDII mengandungi 420g serbuk SDII dan berharga RM144. Dengan kadar penurunan berat badan yang terbukti berkesan (sudah ada testimonial) dan tidak perlu berlapar, harga pasaran tersebut adalah memang murah dan berbaloi.

Hanya dengan mengamalkan SDII sahaja, berat badan dapat dikurangkan dengan cepat tanpa perlu melalui pelbagai proses seperti di spa atau senaman yang memenatkan. Lagipun, kosnya tidak setinggi rawatan di pusat kurus badan.

Dengan 4 kali minum SDII dalam sehari, satu tin SDII akan habis dalam tempoh masa seminggu. Jika dianggarkan dalam seminggu 3kg hingga 4kg hilang, maka boleh dikatakan dengan lingkungan RM40 sahaja, dalam 1-2 hari anda mampu hilangkan 1kg berat badan!

Testimonial SD2 : Kak Zalina / Kuala Lumpur

Kak Zalina sehingga 25 Mac 2010

Testimonial SD2 : Kak Zalina
Tempoh Pengambilan: 3 minggu

Jumlah Penurunan Berat: 11 kg
Sebelum: Saiz pakaian XXXL
Selepas: Saiz pakaian XL
Antara Diet: Pagi: 2 biji telur setengah masak. Tengahari: Ikan. Malam: Salad

Tahniah Kak Zalina sebab dengan SDII kini beliau dapat mengurangkan berat badan dengan kos yang lebih murah, cepat dan tanpa berlapar berbanding produk beliau yang terdahulu. Terima kasih atas testimonial SD2 anda.

Wednesday, March 24, 2010

Membuat Pembelian

Bagi memudahkan urusan anda, pembayaran pembelian boleh dilakukan melalui online banking atau bank-in dengan ATM. Bagaimanapun buat masa ini, perkhidmatan bayaran dengan kad kredit belum disediakan lagi.

1. Semua tempahan perlu dibuat melalui Borang Pesanan yang disediakan di Pembelian dan Pendaftaran. Pastikan maklumat tepat agar proses pembelian lebih lancar.
2. Sila bank-in pembayaran pembelian anda ke akaun berikut:

Bank: Maybank
Nama: Fairuz Fadzly Bin Nawawi
Nombor Akaun: 1040 22 920 426

Emel

Jika komputer anda tidak dapat memproses Borang Pesanan, anda juga boleh menghantar Borang Pesanan melalui emel secara manual. Sila emel maklumat pembelian anda kepada fairuz_1619@yahoo.com seperti berikut:

1. Nama Anda.
2. Nombor rujukan bank-in / transaksi.
3. Waktu bank-in / transaksi.
4. Jumlah bayaran dan kuantiti produk yang dibeli.
5. Alamat pesanan anda.

SMS saya di
019-7521503 untuk memberitahu Borang Pesanan atau Emel telah dihantar.

Saya Mencari Rakan Niaga!

Rakan Niaga diperlukan. Sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan ini, boleh menghubungi saya di +6019-7521503 atau fairuz_1619@yahoo.com.

Saya memerlukan Rakan Niaga yang berada di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Saya juga memerlukan Rakan Niaga yang boleh membawa perniagaan ini ke negara-negara lain secara online atau offline.

SDII adalah satu lagi produk power keluaran syarikat New Image Sdn Bhd dan ia baru sahaja dilancarkan. Pasaran adalah luas. Hubungi saya sekarang. Kita akan talk bisnes.

Tuesday, March 23, 2010

Sup Campur

Sup campur ialah sup yang kebiasaannya isi utamanya adalah campuran daging, ayam, udang dan sotong serta sedikit sayur-sayuran. Ia sesuai dijadikan makanan malam kepada anda yang ingin menurunkan berat badan dengan SDII.

Gambar di atas menunjukkan semangkuk sup campur untuk seorang makan.

Apa Itu Slim Diet 2? Ringkasnya...

Banyak cubaan untuk menguruskan badan gagal. Adakah anda tergolong dalam golongan ini? Katakan tidak!

Selesaikan masalah berat badan anda secara sihat, selamat dan semulajadi. Tidak perlukan senaman tambahan, mudah diikuti dan memberi kesan dalam masa yang singkat.

Slim Diet 2 merupakan satu program penurunan berat badan yang semulajadi serta sihat dan yang menariknya, anda tidak perlu berlapar dalam program diet ini.

Keberkesanan dijamin 100%.

Testimonial SD2 : Kelangsingan Anda Kebanggaan letslimdiet2.blogspot

Tahniah di atas kejayaan anda menurunkan berat badan anda dengan SDII. Pastinya anda mempunyai cerita untuk dikongsi di sini. Testimonial anda diperlukan. Tunjukkan hasil penurunan berat badan anda dengan SDII.

Oleh kerana SDII baru sahaja dilancarkan oleh New Image Sdn Bhd pada Februari 2009 , maka tidak banyak testimonial didapati sehingga ke hari ini - Mac 2009. Kepada sesiapa yang belum mencuba SDII boleh mulakannya sekarang.

Jadi, anda dialu-alukan untuk menghantar maklumat anda:
1. Nama dan alamat.
2. Gambar Sebelum dan Selepas. (jika boleh, gambar dari kamera digital bersaiz 2.0 megapixel ke atas).
3. Berat Sebelum dan Selepas dalam ukuran kilogram (kg) atau saiz bahagian tertentu badan anda dalam ukuran inci atau sentimeter (cm).
4. Tempoh pengambilan SDII.
5. Pemakanan anda untuk program SDII anda.
6. Sedikit ucapan anda mengenai blog ini dan SDII.

Testimonial SD2 yang dihantar ke blog ini akan digunakan oleh blog ini secara ekslusif. Hantarkan kepada fairuz_1619@yahoo.com dan SMS saya untuk beritahu penghantaran testimonial anda tersebut.

Protein Sparing Modified Fast (PSMF)

Terdapat pelbagai jurnal kajian perubatan yang menunjukkan keberkesanan kehilangan berat badan berdasarkan konsep Protein Sparing Modified Fast (PSMF).

PSMF adalah sejenis diet dengan pengambilan karbohidrat yang sangat rendah. Diet ini memerlukan pengambilan protein yang mencukupi selain daripada pengambilan pelbagai vitamin dan mineral.

Diet Slim Diet 2 adalah berlandaskan PSMF. Kandungan dalam SDII bukan sahaja protein, tetapi pelbagai jenis vitamin, mineral dan asid amino yang diperlukan.

Untuk maklumat lebih mendalam mengenai PSMF, anda boleh membuat carian di internet. Apa yang penting, konsep Slim Diet 2 adalah PSMF dan anda patut cuba ia sekarang.

Friday, March 19, 2010

Boleh makan KFC!

Diet tu diet jugak tapi dengan SDII ni tak perlu berlapar. Pantang tu ada tapi yang tak disangka ialah anda yang sedang mengikuti program SDII ini boleh makan KFC!

Perasan tak ayam KFC dalam gambar tu tiada kulit? kulit telah diasingkan sebab anda dibenarkan makan isi ayam je...

(sori minyak kat kertas tu nampak comot)

Shaker Anda

SDII perlu digoncang / shake sebelum diminum. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis shaker yang dijual di pasaran.

Shaker di bawah sebagai contoh.


Testimonial SD2 : Terbukti Berkesan.

3 testimonial SD2

Puan Afzanizan / Sri Kembangan, Selangor
Tempoh Pengambilan: 1 bulan
Jumlah Penurunan: 6kg
Sebelum: 70kg / 32 inci
Selepas: 64kg / 29 inci

Puan Roky / Puchong, Selangor
Tempoh Pengambilan: 2 bulan
Jumlah Penurunan: 7kg
Sebelum: 75kg
Selepas: 68kg

Encik Mohd Azman / Sri Kembangan, Selangor
Tempoh Pengambilan: 2 minggu
Jumlah Penurunan: 6kg
Sebelum: 69kg
Selepas: 63kg

Tengok testimonial SD2 di atas, dah ramai yang telah berjaya

Wednesday, March 17, 2010

Testimonial SD2 : Encik Farid / Kuala Lumpur

Sebelum

Selepas

Testimonial SD2 : Encik Farid
Tempoh Pengambilan: 2 minggu
Jumlah Penurunan Berat: 7kg
Sebelum: 73kg / 34 inci
Selepas: 66kg / 31 inci

Tahniah kepada Encik Farid yang berjaya menurunkan saiz perut beliau dengan drastik sekali! Terima kasih atas testimonial SD2 hebat anda.

SDII ialah Slim Diet 2



Dalam pada sambutan luar biasa dan permintaan tinggi produk Alpha Lipid Lifeline, syarikat NZ New Image kini mengorak langkah lagi dengan produk terbaru yang tidak kurang hebat dan juga GEMPAK. Memperkenalkan produk terbaru NZ New Image iaitu Slim Diet 2!!

Selamat Datang ke letslimdiet2.blogspot!